ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Memperingatkan semula.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan memperingatkan dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang berkenaan dengannya dia disoal, atau selepas sahaja daripadanya hingga difikirkan mungkin Mahkamah bahawa transaksi itu masih pada masa itu segar dalam ingatan.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang tersebut dulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu sebagai betul.

(3) Apabila saksi itu boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada sesuatu dokumen, dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada sesuatu salinan dokumen itu:

Dengan syarat Mahkamah puashati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa dokumen asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada buku-buku treatis profesional.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.