ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 1 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberikan pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut:

(2) Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai seni, sains, sastera atau sejarah awam, Mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan dan sehingga orang itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkan Mahkamah berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.