ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.

Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Kanun ini kecuali dengan bon diri atau jaminan dengan perintah secara bertulis oleh Hakim atau Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang Pegawai Polis yang pangkatnya tidak kurang daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.