ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 18. Kebolehterimaan iqrar.
(1)
Iqrar
yang berikut tidak boleh diterima:
(a) iqrar
seseorang yang tidak
'aqil
baligh;
(b)
tertakluk kepada subseksyen (2),
iqrar
orang belum dewasa;
(c) iqrar
orang gila atau orang terencat akal
(ma'tuh);
(d)
iqrar
wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;
(e) iqrar
yang tidak dibuat secara sukarela; atau
(f) iqrar
seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya
(Mahjur 'alaih).
(2)
Iqrar
yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang
mumaiyiz
yang telah dibenarkan oleh
wali
atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang
iqrar
itu adalah berhubungan dengan pemiagaan atau urusan itu.
(3) Pihak yang mendapat faedah daripada apa-apa
iqrar
tidaklah
semestinya seorang yang
'aqil baligh.
Huraian
- Jika orang yang membuat
iqrar
rnenyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum
mumaiyiz, iqrar
nya boleh diterima dan orang yang rnembuat
iqrar
itu adalah terikat pernyataannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.