ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 161. Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila tamatnya pendengaran mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, dengan serta-merta atau pada hari kemudian yang sama ada ditetapkan bagi maksud itu atau yang notis mengenainya akan kemudian diberi kepada pihak-pihak itu, menyampaikan penghakiman dalam Mahkamah terbuka.

(2) Dalam mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah lazimnya hanya memberi satu penghakiman yang boleh diumumkan oleh pengerusi atau oleh mana-mana anggota lain Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi:

Dengan syarat bahawa penghakiman berasingan hendaklah disampaikan jika pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana anggota yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.