ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Rayuan



Seksyen 121. Rayuan.

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan mana-mana Mahkamah, mana-mana Hakim Syar'iah, atau mana-mana Pendaftar di bawah Enakmen ini boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Enakmen Pentadbiran atau dalam mana-mana undang-undang lain berkenaan dengan prosedur sivil dan jenayah, di Mahkamah Syar'iah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.