ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH



Seksyen 5. Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.