ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH


JADUAL KETIGA (BORANG MS 44)

BORANG MS 44

ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH, 2001

(Seksyen 179 (2))

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN NOTIS PENGHAKIMAN

(Tajuk Am)

Saya ................................ yang berlamat di ........................... plaintif (atau defendan) dan pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas memohon supaya suatu notis penghakiman dikeluarkan terhadap penghutang penghakiman untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana ingkar membuat pembayaran.

(Butir-butir penghakiman dan penghutang penghakiman)

(a) Nama dan alamat penuh penghutang penghakiman.

(b) Tarikh dan butir-butir perintah bagi pembayaran yang berkenaan dengannya kemungkiran telah dilakukan.

(c) Jumlah amaun yang telah dibayar sejak tarikh perintah itu.

(d) Jumlah wang atau ansuran yang berkenaan dengannya kemungkiran telah dilakukan.

(e) Tarikh jumlah wang atau ansuran itu sepatutnya telah dibayar mengikut perintah itu.

(f) Pekerjaan penghutang, hal keadaan dan kemampuannya untuk membayar setakat yang diketahui oleh pemohon.

Bertarikh pada .......................... haribulan .................... 20 ............

.......................................
Plaintif (atau Defendan)

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, .................................. pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas bersumpah dan menyatakan:

Bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar sepanjang yang diketahui dan percaya.

Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.