ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 83. Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa 30 tahun sebelumnya.

Tertakluk kepada mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan ada keterangan yang menunjukkan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun sebelumnya, maka beban membuktikan bahawa dia telah mati adalah terletak atas orang yang mengatakan demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.