ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BABAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khas.

Apabila mana-mana fakta diketahui secara khas oleh seseorang, maka beban bagi membuktikan fakta itu terletak padanya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, beban membuktikan niat itu adalah terletak padanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.