ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 124. Bermulanya hukuman pemenjaraan ke atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman pemenjaraan.

(1) Apabila seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan dihukum penjara atas kesalahan yang lain, maka hukuman pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada dengan serta-merta atau bila habis tempoh hukuman pemenjaraan yang dia telah terdahulunya dihukum, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen yang terdahulu sebelum ini boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang daripada mana-mana bahagian hukuman, yang boleh dikenakan ke atasnya, kerana sabitannya yang dahulu atau kemudian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.