ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN II - KESAN KETAKPATUHAN
Seksyen 5. Ketakpatuhan.
Ketakpatuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidaklah membatalkan sesuatu prosiding melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai tak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.