ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 22. Kesalahan dan penalti.

Mana-mana orang yang menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Agama Islam tanpa Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini atau bertindak dengan cara yang melanggar Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan, melainkan jika hukuman ada ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.