ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Bila pendapat orang ketiga qarinah



Seksyen 35. Bila pendapat mengenai tulisan tangan qarinah.

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani dokumen, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah ditulis atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah fakta qarinah.

Huraian
- Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya yang ada dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan urusan biasanya dokumen yang berupa ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.