ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 139. Dengan sengaja cuai perintah nafkah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu dilevikan mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah itu selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan bagi bayaran tiap-tiap bulan yang tidak dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.