ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 61. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah anak.


Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah sesorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu, dan tertakluk kepada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.