ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 103. Keengkaran isteri.


Seseorang isteri yang sengaja engkar perintah yang diberi dengan sahnya oleh suaminya mengikut Hukum Syarak dan terus engkar selepas diberi nasihat oleh Qadhi adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau bagi kesalahan kali yang kedua atau berikutnya, dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.

Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi pembelaan yang cukup terhadap mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini bahawa suaminya telah didapati menganiaya atau menyeksa yang dituduh lebih daripada sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.