ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 112. Enggan menjelaskan hak Baitulmal.

(1) Seseorang yang bertanggungjawab mengenai harta pesaka mana-mana orang Islam yang mati yang ada hak Baitulmal, yang enggan atau cuba menyembunyikan harta itu atau memberi kenyataan yang tidak benar kepada Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah yang membicarakan kes di bawah seksyen ini hendaklah, jika hak baitulmal itu belum diserahkan lagi, membuat perintah supaya ianya diserahkan kepada Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.