ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 20. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kawasan di mana perempuan yang hendak dinikahkan itu lazimnya tinggal, tetapi Pendaftar atau Hakim Syar'i yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Johor atau dalam mana-mana negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1), bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kawasan yang lain daripada kawasan di mana pihak perempuan itu lazimnya tinggal jika-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.