ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 84. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas perubahan atau tambahan.

Jika sesuatu pertuduhan itu telah dirangka atau diubah atau ditambah mengikut kehendak kedua-dua seksyen yang terdahulu daripada ini, Mahkamah hendaklah terus memanggil orang yang dituduh untuk membuat pengakuan sama ada dia mengaku salah atau bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan itu atau atas pertuduhan yang diubah atau ditambah itu. Jika orang yang dituduh menyatakan dia belum bersedia berbuat demikian, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan teliti sebab yang dia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa jika perbicaraan diteruskan dengan serta-merta tidak aan memudaratkan orang yang dituduh itu membela dirinya atau pendakwaan ke atas kes itu, Mahkamah bolehlah, atas budi bicaranya selepas pertuduhan tersebut atau pertuduhan yang diubah atau pertuduhan yang ditambah dirangkakan atau disiapkan, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan baru atau pertuduhan yang diubah atau ditambah adalah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.