ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 190. Laporan orang tertentu.

(1) Apa-apa dokumen yang berupa suatu laporan yang ditandatangan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2), mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan olehnya boleh diberi sebagai keterangan dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini melainkan jika orang tersebut dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-
Dengan syarat senantiasanya bahawa dalam mana-mana kes di mana pendakwa bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan tersebut dia hendaklah menyerahkan satu salinan laporan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Berikut adalah orang-orang yang baginya peruntukan-peruntukan seksyen ini terpakai-
(3) Orang-orang yang disebut dalam subseksyen (2) adalah terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan-laporan ditandatangan olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.