ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAl PERBICARAAN



Seksyen 103. Kuasa menangguhkan atau menunda prosiding.

(1) Jika, oleh kerana seseorang saksi tidak hadir atau apa-apa sebab munasabah yang lain, adalah menjadi perlu atau patut untuk menangguhkan permulaan perbicaraan atau menunda apa-apa perbicaraan, Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan atau menundakannya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut dan selama tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah dan boleh, melalui waran, menahan tertuduh itu jika dia dalam jagaan:

Dengan syarat bahawa Hakim tidaklah boleh menahan seseorang yang dituduh kepada jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh melebihi lapan hari pada satu-satu masa:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan telah memperakui bahawa pengadu tidak akan dapat memberi keterangan sebelum sesuatu tarikh tertentu maka tertuduh itu bolehlah ditahan sehingga ke tarikh itu walaupun tempoh tahanan mungkin melebihi lapan hari.

(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah Syariah hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu, atau Pendaftar dan hendaklah menyatakan sebab-sebab baginya.

Huraian - Jika keterangan yang mencukupi telah didapati menimbulkan syak bahawa tertuduh itu mungkin telah melakukan sesuatu kesalahan dan ternyata berkemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapati semasa tahanan, maka ini adalah suatu sebab munasabah bagi tahanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.