ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 35. Pengecualian kaedah-kaedah dan perlantikan-perlantikan.

Semua kaedah, perisytiharan, perintah, hukuman, rayuan, notis, sijil, borang, lesen dan perlantikan dan lain-lain perkara yang telah dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa setakat mana ianya tidak berlawanan dengan atau tidak digantikan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, hukuman, rayuan, notis, sijil, borang, lesen dan perlantikan dan lain-lain perkara yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.