ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIV - SHURAKA (INTERPLEADER)



Seksyen 184. Di mana dibenarkan.

Apabila seorang yang dalam Bahagian ini dipanggil "pemohon" dituntut ataupun akan dituntut oleh dua orang atau lebih bagi atau mengenai apa-apa hutang atau harta yang ia tidak menuntut apa-apa kepentingan selain daripada perbelanjaan dan kos, dan orang-orang itu membuat tuntutan terhadap satu sama lain, pemohon boleh meminta pemulihan dengan cara shuraka' (inter-pleader) dalam Mahkamah di mana ia telah dituntut itu atau, jika belum lagi dituntut dalam mana-mana Mahkamah di mana ia mungkin dituntut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.