ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak Qaryah" ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam Qaryah masjid;

"Baitulmal" ertinya Baitulmal Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 90.

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993;

"Hakim atau Hakim Syarie" ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 45 (1) tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 46 (1);

"Hukum Syara' " ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah menurut Jawatankuasa Syariah;

"Imam Rawatib" ertinya Imam yang dipilih oleh anak Qaryah sesuatu masjid dan disahkan oleh Majlis;

"Jawatankuasa" ertinya sesebuah Lembaga atau Jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5;

"Jawatankuasa Qaryah" ertinya Jawatankuasa Qaryah yang ditubuhkan di bawah seksyen 73 (1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 43 (1);

"Mahkamah atau Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, setakat mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

"Masjid" ertinya satu bangunan yang digunakan bagi maksud sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan yang diharuskan atau dibenarkan oleh agama Islam dan termasuklah surau yang disenaraikan dalam rekod Majlis;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Negeri Pulau Pinang mengikut seksyen 34;

"Pegawai Agama" ertinya pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan termasuklah Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Masjid;

"Pegawai Mahkamah" termasuklah Ketua Hakim Syarie, Hakim Syarie termasuk Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pegawai Kerani dan Penghantar Saman;

"Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 61 dan termasuklah Ketua Pendakwa Syarie;

"Pegawai Masjid" termasuklah Naqib Masjid, Imam Rawatib, Imam, Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya Pegawai yang dilantik di bawah seksyen 62;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 63;

"Pendaftar Masuk Islam " ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 89;

"Qaryah masjid" atau "Qaryah" ertinya kawasan atau sempadan yang ditentukan di bawah seksyen 67 di mana masjid itu berada;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 11;

"Seorang Islam" ertinya-

"Yang di-Pertua" ertinya Yang di-Pertua Majlis.

(2) Semua perkataan, perbahasan, tafsiran dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditafsirkan di dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat mana yang erti-erti itu tidak bertentangan dengan Hukum Syara'.

(3) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan identiti atau tafsiran perkataan atau perbahasan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual 1, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan itu dan perbahasan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.