ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Keterangan tambahan.

(1) Apabila mengendalikan apa-apa rayuan dalam suatu kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan bahawa keterangan tambahan adalah perIu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan ia diambil oleh Mahkamah yang membicarakan.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah yang membicarakan, ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dengan satu pernyataan pendapatnya tentang kes itu yang dipertimbangkan dengan mengambil kira keterangan tambahan itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah kemudiannya balehlah terus menyelesaikan, rayuan itu.

(3) Pihak-pihak rayuan hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4) Apabila mengendalikan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh juga, jika difikirkan patut, panggil dan menerima daripada Mahkamah yang membicarakan suatu laporan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.