ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 52. Penghuni hendaklah hadir ketika penggeledahan.


Penghuni tempat yang digeledah, atau orang lain bagi pihaknya, hendaklah di dalam semua keadaan dibenarkan hadir ketika penggeledahan dijalankan, dan salinan senarai yang telah disediakan dan telah ditandatangani di bawah seksyen 51 hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang tersebut atas permintaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.