ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 141. Penyelesaian.

Seorang penghutang penghakiman yang telah menyelesaikan sesuatu penghakiman hendaklah berhak atas permohonannya, atau jika secara persetujuan, tanpa permohonan formal, mencatatkan penyelesaian itu di dalam fail dan buku daftar tindakan sivil. Jika pemiutang penghakiman enggan memberi persetujuan tentang catatan-catatan tersebut, Mahkamah boleh, jika ia mendapati bahawa penghakiman itu telah diselesaikan, memerintahnya supaya membayar kos permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.