ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VI - MUALLAF



Seksyen 101. Kanak-kanak belum cukup umur masuk Ugama Islam.


Tiada sesiapapun yang di bawah umur delapan belas tahun melainkan dengan kebenaran ibubapa atau penjaganya boleh didaftarkan untuk ke Ugama Islam:

Dengan syarat jika ibu, bapa, atau yang memelihara anak itu masuk ke Ugama Islam atau jika anak-anak itu dijumpai terbiar dan tiada diketahui ibubapanya maka bolehlah anak-anak itu didaftarkan masuk berugama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.