ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 196. Rekod keterangan dalam ketidakhadiran tertuduh.

(1) Jika dibuktikan bahawa orang tertuduh telah tidak menghadirkan diri dan tidak ada harapan untuk menangkapnya dengan serta-merta, Mahkamah yang kompeten untuk membicarakan orang tersebut bagi kesalahan yang diadukan itu boleh, tanpa tertuduh, memeriksa saksi-saksi yang dikemukakan bagi pihak Pendakwa, jika ada, dan merekodkan deposisi mereka.

(2) Mana-mana deposisi yang direkodkan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila orang tersebut ditangkap, diberi sebagai keterangan terhadapnya dalam perbicaraan bagi kesalahan yang dituduh di mana memandangkan hal keadaan kes akan menjadi tidak munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.