ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
AM



Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah.

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.