ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan rekod kehakiman negara asing diperakui.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi rekod kehakiman mana-mana negara luar Malaysia adalah tulin dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh mana-mana wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.