ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 162. Persoalan yang ditangguhkan untuk Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila seseorang telah dibicarakan dan disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidangkuasa asalnya, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan untuk keputusan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa persoalan undang-undang yang timbul semasa perbicaraan orang itu jika penentuan itu akan memberi kesan kepada perjalanan perbicaraan berkenaan.

(2) Orang yang disabitkan itu hendaklah ditahan di penjara atau, jika Hakim fikirkan patut, dibenarkan jaminan ke atasnya.

(3) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyemak kes tersebut, atau mana-mana bahagian kes yang perlu, dan menentukan persoalan itu dan boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau memberi atau membuat apa-apa hukuman atau memberi atau membuat apa-apa keputusan atau perintah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Rayuan Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.