ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 7 - DARIHAL PEMINDAHAN KES JENAYAH
Seksyen 203. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes
Bilamana ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah—
(a)
bahawa suatu perbincaraan yang adil dan saksama tidak dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b)
bahawa suatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;
(c)
bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;
(d)
bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa perintah yang sedemikian adalah suaimanfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen ini,
Hakim itu boleh mengarahkan—
(aa)
supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(bb)
supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.