ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 115. Pengemukaan dokumen-dokumen dan terjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang disaman untuk hadir mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam milikannya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Keesahan apa-apa bantahan itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika didapati patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu adalah berkenaan dengan hal ehwal negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3) Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk menyebabkan sesuatu dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemahnya supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan sebagai keterangan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.