ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XI - PERMOHONAN



Seksyen 74. Permohonan lisan.

(1) Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam Borang 8, dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Suatu pihak kepada sesuatu sebab atau perkara bolehlah tidak lewat daripada 14 hari, selepas Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan sesuatu sebab atau perkara, menyampaikan kepada mana-mana pihak lain notis menghendakinya menerima bagi maksud sebab atau perkara tersebut hanya kepada fakta-fakta yang dinyatakan dalam notis.

(2) Mahkamah boleh mengarah supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.