ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAl PERBICARAAN



Seksyen 102. Kes bagi pihak pendakwa hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tak dibela.

(1) Pada tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah jika dan apabila Mahkamah memanggil tertuduh bagi pembelaannya, Mahkamah hendaklah, jika tertuduh itu tidak diwakili oleh peguam syarie, memberitahunya tentang haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau tentang haknya untuk memberi keterangan bagi pihak dirinya sendiri, dan jika dia memilih untuk memberi keterangan bagi pihak dirinya sendiri hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara-perkara utama dalam keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya supaya dia boleh diberi peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidaklah boleh dijadikan perkara kritikan yang menentangnya oleh pihak pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.