ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 31. Sahnya pengadilan, hukuman dan perintah.

Mana-mana hukuman yang dijatuhkan, pengadilan yang dilakukan, perintah yang dibuat atau tindakan yang dilakukan sebelum berkuatkuasa undang-undang ini oleh mana-mana Mahkamah Qadhi termasuk mana-mana perintah yang dibuat dengan merujuk kepada mana-mana hukuman, pengadilan, perintah atau tindakan oleh penguasa yang mendengar rayuan hendaklah dikira sah dan di dalam bidangkuasa Mahkamah-mahkamah itu atau penguasa yang mendengar rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.