ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberikan keterangan.

(1) Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah diminta mengangkat sumpah mengikut Undang-Undang Islam.

(2) (a) Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak.
(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pihak pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.