ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Seksyen 53. Kaedah tentang notis supaya mengemukakan.
Keterangan tak asal mengenai kandungan suratan yang tersebut dalam perenggan
(a)
seksyen 52 Enakmen ini tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan tak asal itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau ada di bawah kuasanya suratan itu, atau kepada Peguam Syarienya, suatu notis yang ditetapkan oleh undang-undang supaya mengemukakannya, dan jika sekiranya tiada notis yang ditetapkan oleh undang-undang maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut keadaan hal itu:
Dengan syarat bahawa notis yang seumpama itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan tak asal boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah berpendapat notis itu tidak dikehendaki-
(a)
apabila suratan yang hendak dibuktikan itu adalah sendirinya suatu notis;
(b)
apabila daripada keadaan kes itu pihak lawan tentu sekali tahu yang ia akan dikehendaki mengemukakan;
(c)
apabila jelas atau apabila dibuktikan bahawa pihak lawan telah dapat memiliki naskah asalnya dengan jalan tipuan atau kekerasan;
(d)
apabila pihak lawan atau wakilnya ada mempunyai naskah dalam Mahkamah;
(e)
apabila pihak lawan atau wakilnya telah mengaku suratan itu telah hilang; atau
(f)
apabila orang yang memiliki suratan itu berada di luar kuasa atau tidak tertakluk kepada perintah Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.