ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau Urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau
Urf
maka nyataan yang berikut adalah qarinah-
(a)
Apa-apa urusan dengannya hak atau
Urf
yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai. diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak bersesuaian dengan adanya hak atau
Urf
itu: atau
(b)
Hal-hal tertentu dalam mana hak atau
Urf
itu telah ditunjukkan, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau
Urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.