ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 136. Perlindungan pegawai kehakiman.

(1) Qadi atau orang yang lain yang bertindak dalam hal kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah sivil kerana apa jua perbuatan yang dilakukannya atau diperintahkannya untuk dilakukan dalam pelepasan kewajipan kehakimannya, sama ada di dalam hak bidangkuasanya atau tidak, dan tiada apa jua perintah kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dengan suci hati dia mempercayai dirinya mempunyai bidangkuasa untuk membuat atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu.

(2) Pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan mana-mana waran atau perintah Mahkamah yang sah atau mana-mana orang lain yang bertindak dalam hal kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah sivil kerana pelaksanaan mana-mana waran atau perintah yang dia terikat untuk melaksanakannya jika waran atau perintah itu adalah dalam bidangkuasa orang yang mengeluarkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.