ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 144. Menahan pihak menentang di dalam kes-kes yang tertentu.

Apabila satu rayuan dikemukakan, maka Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah mengeluarkan satu waran mengarahkan supaya orang yang dituduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh membenarkan jaminan kepadanya hingga rayuan itu diselesaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.