ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 9. Perlantikan sementara.

(1) Jika sekiranya sebab ketiadaan sementara ataupun sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan, boleh melantik seorang bagi sementara waktu menggantikannya.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat tujuh hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Yang di-Pertua bahawa ia akan meneruskan tugasnya semula.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah juga diberi kepada ahli sementara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.