ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Keputusan mahkamah bila qarinah



Seksyen 32. Tipuan atau pakatan bagi mendapatkan keputusan atau ketiadaan kompeten mahkamah boleh dibuktikan.

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau lain-lain prosiding boleh menunjukkan bahawa sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang qarinah di bawah seksyen 28, 29 atau 30 dalam Enakmen ini dan yang dibuktikan oleh pihak lawan, telah dibuat oleh mahkamah yang tidak kompeten ataupun telah didapati dengan jalan tipuan atau pakatan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.