ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 142. Prosedur pada masa pembicaraan.

(1) Apabila rayuan hendak dimulakan untuk pembicaraan, pihak merayu atau wakilnya hendaklah diberi peluang terlebih dahulu membentangkan hujahnya, kemudian pihak responden atau wakilnya dibenarkan menjawab, dan akhir sekali pihak merayu hendaklah diberi hak menggulung.

(2) Jika pihak merayu atau wakilnya tidak hadir untuk menyokong rayuannya, maka Mahkamah boleh membuat keputusan atau membuang rayuannya itu:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh menolak untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat apa-apa perintah berkenaan dalam kes di mana pihak merayu berada di luar bidang kuasa Mahkamah atau dia tidak menghadirkan dirinya sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.