ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN VIII - PENJAGAAN.
Relif-relif Lain



Seksyen 107. Tegahan terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa dalam masa perbicaraan hal-ehwal suami-isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggui atau menceroboh dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.