ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 20. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun ketiadaan Hakim.

(1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam suatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Syarie Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakiman atau penghakiman yang ditangguh, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberi oleh dua orang Hakim Syarie yang ada itu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan sebagai telah ditubuhkan dengan sempurnanya.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang disebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1), kedua-dua pihak tidak memberi persetujuan mereka, atau lebih seorang Hakim Syarie tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.