ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 102. Keterangan tentang perkara yang bertulis.
Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pelupusan harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak terkandung dalam suatu dokumen, dan sekiranya dia berkata ada, atau sekiranya dia hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberikan sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga fakta-fakta telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.
Huraian
-
Seseorang saksi boleh memberi keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain berkenaan dengan kandungan dokumen jika pernyataan itu adalah sendirinya fakta relevan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.