ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 4. Penubuhan dan memperbadankan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang hendaklah menjadi suatu perbadanan bernama "Majlis Agama Islam Negeri Sembilan" dan yang kekal turun-temurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya yang tersebut itu, dan tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta taklih dan boleh memindahhak, menyerahhak, menyerahbalik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhak semula, memindah milik atau dengan secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta taklih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

(2) (a) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Bahagian ini "Majlis Agama Islam Negeri Sembilan" yang wujud dengan kuasa seksyen 4 Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak 1960 [En. 15/60] hendaklah disifatkan sebagai badan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.